Kandar galah menuju haluan,
Patah kapak menimpa batang,
Niar darah menjadi taruhan,
Menyerah tidak berundur pantang.
Kandar galah menuju haluan,
Patah kapak menimpa batang,
Niar darah menjadi taruhan,
Menyerah tidak berundur pantang.
Dato Hj. Nazri Kamal Al-Bentani
Presiden Persatuan Bentan Malaysia
WARIS KE-9 KETURUNAN LAKSAMANA BENTAN
Sumbangan Karya
Pengenalan
Terilhamnya buku Waris Keris Laksamana Bentan ini menggandungi beberapa pengisian yang begitu bermanfaat diilhamkan untuk dikongsikan bersama-sama para peminat dan penggiat seni negara serumpun khususnya Malaysia dan Indonesia.
Buku ini adalah sebuah buku yang diterbitkan untuk memartabatkan keharuman nama Dato’ Megat Sri Rama (Laksaman Bentan) yang satu ketika dahulu terkenal dengan kehebatan beliau sebagai seorang wira negara dalam mempertahankan perairan negeri Johor. Susur galur Laksamana Bentan yang berasal dari Bentan hingga ke Tanah Melayu telah mengukir keindahan dalam hubung jalin dua buah rumpun negara iaitu Malaysia dan Indonesia khususnya aspek keakraban kekeluargaan dan sillaturrahim.
Oleh yang demikian buku Waris Keris Laksamana Bentan ini direka khas untuk skrip teater yang mengisahkan kebenaran dalam menuntut keadilan sebagai rakyat terhadap seorang sultan yang bersifat angkuh dan zalim disebabkan oleh seulas nangka sahaja yang telah dimakan oleh isteri Laksamana Bentan yang ketika itu sarat mengandung anak pertama mereka. Skrip teater ini juga adalah bertujuan sebagai satu nasihat dan pengajaran berguna untuk semua sebelum bertindak melulu tanpa usul periksa.
Disamping itu buku ini juga turut memuatkan bait-bait dan rima-rima pantun empat kerat yang indah berkaitan Laksamana Bentan dan kisah peristiwa tersebut. Selain karya koleksi pantun, buku tersebut juga turut diilhamkan dengan puisi-puisi dan lirik-lirik lagu kisah Laksaman Bentan.
Sebagai penghormatan, kata alu-aluan dalam buku tersebut mengutarakan tokoh-tokoh penting antaranya Sekapur Sireh Seulas Pinang oleh Tan Sri Abdul Latiff Abu Bakar, yang turut menyerikan lagi buku tersebut dengan menyentuh dan memuji tentang kebaikan isi kandungan buku tersebut dan semangat kental dan jiwa Dato’ Haji Nazri Kamal Al-Bentani dalam mengharumkan sejarah nostalgia Laksamana Bentan untuk pengetahuan umum tentang Bentan dan Kepulauan Riau. Kata aluan seterusnya disusuli oleh Sambutan Plt. Bupati Bintan Roby Kurniawan, S.P.W.K yang turut memuji mengenai kehebatan dan Dato’ Haji Nazri Kamal Al-Bentani dan juga mengenai Bentan dan Budaya.
Makam Megat Sri Rama (Laksamana Bentan), Kota Tinggi, Johor.
Datuk Dr. Ahmad Dahlan pula menyentuh mengenai Sejarah, Latar belakang Kerajaan Bentan, Laksamana Bentan dan Dato’ Haji Nazri Kamal Al-Bentani dan juga berkaitan dengan keistimewaan Bentan. Manakala Prof. Madya Dato’ Perdana Dr. Hj. Abdul Malik, M.Pd. dari Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH) Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia pula berkongsi ilmu bermanfaat mengenai Sejarah Ringkas Kerajaan Bintan.
Manakala Dato’ Haji Nazri Kama Al-Bentani sendiri menulis mengenai pengenalan dan susurgalur salahsillah keturunannya iaitu keturunan Laksamana Bentan dan juga sebagai penulis Buku Waris Keris Laksamana Bentan. Buku Waris Keris Laksamana Bentan ini akan diindahkan lagi dengan skrip teater ilham oleh Dato’ Haji Nazri Kamal Al-Bentani sendiri.
Bait-bait dan rima-rima pantun empat kerat yang berkaitan dengan Laksamana Bentan yang turut dikaryakan oleh Junaidah Salleh dan Dato’ Musaffa Abbas, puisi-puisi dan lirik-lirik lagu yang menggambarkan tentang kehebatan Laksamana Bentan oleh Dato’ Haji Nazri Kamal Al-Bentani dan Junaidah Salleh, serta turut menyumbangkan karya ialah Samson Rambah Pasir, dengan karya Puisi Senja Berdarah Di Kota Tinggi yang begitu menyentuh jiwa dan nostalgik sekali.
Penerbitan
WARIS KERIS LAKSAMANA BENTAN
WARIS KE-9 KETURUNAN LAKSAMANA BENTAN
Buku 'Waris Keris Laksamana Bentan' adalah karya khusus bagi menceritakan latar belakang waris keturunan Laksamana Bentan yang ke-10. Beliau yang juga dikenali dengan Dato' Hj. Nazri Kamal Al-Bentani merupakan anak tunggal lelaki daripada tiga orang adik beradik iaitu seorang kakak dan seorang adik perempuan.
Darah Panglima Laksamana Megat Sri Rama iaitu Laksamana
Bentan yang mengalir dalam susuk tubuhnya telah membangkitkan semangat beliau dalam menelusuri jejak-jejak Laksamana Bentan.
Keturunan Zuriat ke Sembilan Laksamana Bentan ini bergiat aktif dalam meneruskan legasi keturunan Laksamana Megat Sri Rama. Menerajui Persatuan Bentan Malaysia sebagai Presiden Persatuan Kebajikan
Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia dan Presiden Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Warisan Tanah Beradat Negeri Sembilan. Bergiat aktif dalam seni budaya warisan khususnya seni bela diri persilatan Melayu, teater, pembuatan tanjak dan tengkolok serta melakukan kerja kemasyarakatan (di negera serumpun). Rezeki Illahi tidak siapa yang tahu. Keterlibatan aktif dalam berpersatuan, anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan ini telah dianugerahkan beberapa pingat, darjah kebesaran dan jawatan dari Malaysia dan juga Indonesia.
Buku ini diterbitkan dalam 136 muka surat dan dijual dengan harga RM35.80 senaskah. Boleh dapatkan buku ini secara on-line dengan klik pautan di bawah.
Kata Penghargaan