BIOGRAFI
BIOGRAFI
Dato’ Haji Nazri Kamal Al-Bentani, dilahirkan pada 13 Ogos 1974, anak tunggal lelaki daripada tiga orang adik beradik iaitu seorang kakak dan seorang adik perempuan. Darah Panglima Laksamana Megat Sri Rama iaitu Laksamana Bentan yang mengalir dalam susuk tubuhnya telah membangkitkan semangat beliau dalam menelusuri jejak-jejak Laksamana Bentan.
Keturunan Zuriat ke Sembilan Laksamana Bentan ini bergiat aktif dalam meneruskan legasi keturunan Laksamana Megat Sri Rama. Menerajui Persatuan Bentan Malaysia sebagai Presiden Persatuan Kebajikan Zuriat Keturunan Pusaka Bentan Malaysia dan Presiden Persatuan Kebudayaan dan Kesenian Warisan Tanah Beradat Negeri Sembilan. Bergiat aktif dalam seni budaya warisan khususnya seni bela diri persilatan Melayu, teater, pembuatan tanjak dan tengkolok serta melakukan kerja kemasyarakatan (di negera serumpun). Rezeki Illahi tidak siapa yang tahu. Keterlibatan aktif dalam berpersatuan, anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan ini telah dianugerahkan beberapa pingat, darjah kebesaran dan
jawatan dari Malaysia dan juga Indonesia.
SUSUR GALUR SALAHSILAH KETURUNAN LAKSAMANA MEGAT SRI RAMA
LAKSAMANA BENTAN KE-9
Bermulanya susur galur salahsilah keturunan Laksamana Megat Sri Rama (Laksaman Bentan) satu Hikayat Andaman bahawa gelaran Laksamana di Alam Melayu pertama kalinya disandang oleh Sankranta. Baginda adalah Laksamana sekali gus Sultan bagi bangsa Melayu di pantai Timur dan Tenggara, Sankranta adalah Anak Ady Vhira dari Wangsa Mala dan ibunya berwangsa Kambojiya berjurai wangsa Mongal, Sankranta disebut dengan julukan Senopati atau Laksamana. Setelah berhasil menakluki Langkasuka dan persisir pantai Andaman, maka Permaisurinya Ratu Isabel yang berasal dari tanah Konstantinopel/Brithen mengingatkan akan sebuah pulau yang akan membawa kesejahteraan rakyat Sankranta, iaitu Chitu atau dikenali juga dengan panggilan Tanah Merah yang terletak di tengah-tengah semenanjung dan rantau atau titik Javaka. Lalu Sankranta dan Ratu Isabel serta rakyatnya pergi menuju pulau tersebut.
Begitu indahnya pulau tersebut. Istananya terbentuk daripada batu alam yang menjulang tinggi bagikan sebuah gunung. Tamannya telah terkata dengan perkarangannya membawa kedamaian duniawi, perpohonan nan harum bak umpama surgai, haiwan-haiwan bermain-main dengan jinaknya, Sakranta begitu takjud, maka atas jasa baik Ratu Isabel yang telah mengingatkan ia akan pulau tersebut, akhirnya pulau itu dinamai dengan panggilan Bentan. Itulah asalnya kata Brithen tanah asal Ratu Isabel.
Di tanah Bentan inilah seterusnya lahir jurai Laksamana, Nana percaya Tanah Bentan ini juga akan melahirkan ramai para pemimpin yang agung dan akan tersebar luas di seluruh pantai timur dan tenggara sehingga ke benua Terengganu dan Hindia, maka akan tiba masanya jurai wangsa Kambojiya akan disebut-sebut kembali walaupun telah beribu tahun menghilang, kata Sankranta kepada Ratu Isabel. Hasil daripada penjelasan dan keterangan tersebut maka lahirlah beberapa pewaris tahta dari mereka berdua iaitu Biram Syah yang menjadi Raja di Bentan yang ketika itu sebagai Laksamana di kerajaan Bentan adalah Laksamana Raja Andak/Hatta Tun Telanai cucu Biram Syah naik tahta dan bergelar Mahasapati Gelanai iaitu Laksamana Yang Agung. Anak cucu Sankranta telah menyebar keseluruh semenanjung dan seberang. Sang Nila Utama anak Sang Sapurba Ibni Sankranta beristerikan Wan Sri Beni binti Ratu Iskhandar Syah, telah menjadikan negeri di Tumasyek akan Laksamana pada zaman baginda Seri Pikrama Wira cucu Nila Utama adalah Laksamana Ngah Alang Ibni Tun Ahmad Ibni Tun Telanai Ibni Ratu Iskandar Syah binti Biram Syah Ibni Sakranta. Hulubalangnya iaitu Si Badang.
Setelah sudah hilang semua maka Parameswara naik tahta akan Laksamana pada zaman baginda ialah Laksamana Tun Nayang Ibni Tun Sirah Ibni Tun Ahmad Ibni Tun Telanai Ibni Raja Iskhandar Syah. Maka setelah Parameswara membuat negeri di Melaka, lalu masyuarah negeri Melaka itu banyak kapal dagangan yang berkunjung datang sehingga zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Ketika itu di zaman Sultan Mansur Syah inilah Tun Tuah lima bersaudara sudah remaja. Tun Tuah itu anak kepada kepada Tun Mahmud Ibni Laksamana Ibni Ngah Alam zuriat kepada Sankranta. Hang Tuah menjadi Laksamana hingga kepada cucu Sultan Mansur iaitu Sultan Mahmud Syah. Maka datangnya cerita fitnah Laksamana dititah hukum bunuh oleh Sultan.
Si Jebat menggantikan akan Laksamana tersebut. Tun Jebat itu saudara sepupu kepada Tun Tuah anak jati Bentan. Datanglah sebuah peristiwa Jebat menderhaka dan Tun Tuah itu sebenarnya tiada dihukum bunuh oleh Bendahara Tun Perak, akan Tun Tuah dan Tun Jebat tiada pernah mereka
bertikam, di dalam istana Sultan Melaka mereka bermusywarah, maka kata Tun Kasturi kepada 4 saudaranya. Semalam beta baru kembali dari Bentan, wasiat Raja Tua Bentan hendaklah kita pergi dari negeri Melaka ini, kerana Sultan sudah zalim kepada rakyat maka Allah azabkan negeri umpamanya kepala di bawah dan kaki di atas serta sebaliknya. Sultan Melaka sudah begitu zalim dan berperilaku tidak senonoh. Tun Jebat tiada mahu pergi sebelum pengikut Patih Karma Wijaya yang menjatuhkan fitnah kepada Tun Tuah.
Maka katanya kepada Tun Lekir, bawakan kita seekor ayam kita mahu melumurkan darah kebaju kita, seolah-olah rakyat menjangka kita bertikam dengan Abang Tuah, kembalilah saudara ku semua ke Bentan, salam kita kepada saudara di sana dan sembah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Tua Bentan. Alang-alang mandi biarlah basah, alang-alang menderhaka biar tercatat sejarah. Hari ini Anak Bentan akan menderhaka. Walhasil Jebat terbunuh juga akhirnya, sedangkan Tun Tuah kembali ke Bentan, maka oleh Sultan Mahmud Syah Anak Tun Tuah yang bernama Tun Bayazit itu dilantik menjadi Laksamana, tiada lama menjadi Laksamana Sultan Mahmud tertangkap berbuat serong bersama isteri Laksamana Tun Bayazit itu, maka akan kata Laksamana mujur saja engkau Mahmud Sultan kepada ku, kerana pantang anak melayu menderhaka, jiak tidak keris ku ini tak kenal Sultan Melaka.
Setelah sejak itu Tun Bayazit tidak lagi mengabdikan diri kepada Sultan Melaka. Balik juga ia ke Bentan, akan Tun Bayazit itu disebut orang Marhom Laksamana Jangke di Bukit Batu, Bentan. Khoja Hassan menantu Hang Tuah pula dilantik menjadi Laksamana, ada beberapa lama Laksamana Khoja Hasan dilucutkan jawatannya, Khoja Hasan itu makamnya di Kampong Goa Bentan bersama isterinya Tun Sirah Ibni Tun Tuah, disebut orang Marhom Laksamana Goa Pantar.
Hang Nadim Ibni Tun Tuah dilantik menjadi Laksamana, setelah Melaka berpusat di Bentan atas serangan portugis, maka banyaklah para pahlawan terbilang melayu yang syahid itu, Hang Nadim tidaklah berdaya Laksamana ini mendapatkan 32 kali tusukan, maka mangkat syahirlah ia di Tanam orang di Kampung Busung “Marhom di Busung”. Al Kisah maka mangkatlah Sultan Mahmud di Kampar, Sultan Alaudin Ruayat Syah naik tahta membuat negeri baru di Johor. Sejarah mengisahkan di Negeri Johor itu terdapat empat orang Laksamana dari Bentan yang mengabdikan diri kepada zuriat Sultan Melaka, dari jurai Sankranta juga.
Akan silsilahnya adalah Laksamana Megat Sri Rama Ibni Laksamana Tun Andul Jamil Ibni Laksaman Tun Amin ibni Tun Pitih Aminin Ibni Tun Sulung Ibni Sultan Abdullah Ibni Parmaisura Ibni Tun Sirah Ibni Tun Ahmad Ibni Tun Telanai binti Ratu Iskhandar Syah Ibni Biram Syah Ibni Sakranta.
LAKSAMANA ANAK JATI BENTAN DARI ZURIAT SANKRANTA DAN BERWANGSA KAMBOJIYA
Laksamana Megat Sri Rama @ Laksamana Bentan berasal dari Pulau Bentan yang telah berkhidmat dan berjasa kepada Sultan, maka dilantik beliau sebagai Laksamana oleh Sultan Mahmud Syah II pada tahun 1685 hingga 1699, kerana keperkasaan serta kehebatan beliau berhasil mengalahkan lanun-lanun dan bajak laut di sekitar laut Johor. Laksamana Bentan yang mempunyai darah raja dari sebelah ibu yang sangat kuat dan dari sebelah ayahandanya Laksamana Tun Abdul Jamil yang mempunyai jurai Raja Bentan sendiri. Laksamana Megat Sri Rama difaham, sebelum beliau ke Johor, beliau telah mempunyai zuriat dan isteri di Bentan.
Pada tahun 1880, Jaharah Bin Ali telah berhijrah ke tanah melayu. Beliau mula-mula memasuki Tanah Melayu dengan mengikut jalan laut ke Sungai Rengit. Beliau berhijrah ke Tanah Melayu bersama-sama dua orang adik beliau, iaitu Ariffin Bin Ali @ Tun Ali dan juga seorang adik prempuan tidak diketahui namanya dan telah meninggal dunia ketika berusia lima tahun.
Jaharah Bin Ali @ Tun Ali meninggalkan Pulau Bentan tanah kelahirannya untuk memulakan kehidupan baru di tanah Melayu disebabkan beliau mengalami krisis keluarga di kampung halaman beliau. Jaharah Bin Ali @ Tun Ali di Tanah Melayu lebih dikenali sebagai panggilan Tok Uban. Beliau telah berkahwin dengan penduduk tempatan iaitu Zaharah Binti Ibrahim berketurunan bugis dan dikurniakan lapan orang cahaya mata. Di Sungai Rengit Jaharah @ Tok Uban banyak menyumbang jasa sebagai guru agama, guru mengaji dan beliau juga bertugas sebagai imam pertama di Masjid Sungai Rengit. Masjid Sungai Rengit adalah masjid yang pertama didirikan diwaktu itu di Sungai Rengit dan kini namakan sempena memperingati jasa dan pengorbanan beliau, penduduk setempat telah bersepakat menamakan masjid tersebut sebagai Masjid Al-Jaharah.
Anak sulung beliau dikenali sebagai Harun Bin Jaharah telah dikahwinkan dengan anak saudara beliau Sa’ayah Binti Ariffin iaitu anak kepada Ariffin Bin Tun Ali @ Tun Ali dan dikurniakan empat orang anak iaitu dua orang lelaki dan dua perempuan. Anak bongsu kepada Harun Bin Jaharah @ Tok Uban dikenali sebagai Kamal Bin Harun telah dilahirkan dengan berdarah putih pada tanggal 10hb Oktober 1946, Beliau banyak mewarisi ilmu dan keris dari keturunan Laksamana Bentan.
Kamal Bin Harun telah berkahwin dengan Halimah Binti Samad yang berasal dari Rembau Negeri Sembilan, berketurunan melayu dan aceh. Beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu dua orang perempuan dan seorang lelaki. Anak lelaki beliau dikenali sebagai Dato’ Haji Nazri Kamal Al-Bentani @ Dato’ Megat telah memperjuangkan adat resam dan mengharumkan budaya serta seni silat Bentan, Dato’ Nazri Kamal Al-Bentani lebih dikenali sebagai Dato’ Megat Sri Rama sangat komited dalam memperkenalkan dan menganjurkan aktiviti seni silat, teater, tarian, pameran busana, sejarah melayu serta banyak lagi bagi memberi kesedaran kepada anak muda mengenali adat dan kebudayaan turun-temurun. Dato’ Nazri Kamal Al-Bentani juga pernah menyunting lagu Sayang Laksamana Bentan.
Difahamkan Dato’ Haji Nazri Kamal Al-Bentani berjaya merapatkan silaturrahim di antara tiga negara melalui program-program yang telah beliau anjurkan. Beliau juga sangat prihatin dengan masalah-masalah setempat di mana beliau juga terlibat dalam aktiviti budaya dan kebajikan di Malaysia, Indonesia termasuk Singapura dan Thailand.
Dipercayai cerita asal daripada ayahanda kepada Dato’ Haji Nazri Kamal Al-Bentani melalui cerita turun temurun keluarga Megat Sri Rama iaitu Laksamana Bentan pernah memperisterikan gadis desa yang berasal dari Bentan sebelum beliau berhijrah ke Johor dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Jaharah Bin Ali @ Tun Ali adalah zuriat keturunan ke 7 Laksamana Megat Sri Rama dari isteri yang pertama.
Pusaka Laksamana Bentan iaitu Keris Berlok 13 telah diwarisi kepada Jaharah bin Ali @ Tun Ali turun-temurun sehingga kini yang mana keris tersebut telah dijaga rapi oleh Dato’ Nazri Kamal Al-Bentani, memandangkan beliau adalah anak lelaki tunggal kepada Kamal bin Harun. Selain dari itu sumber cerita dipercayai bahawa Megat Sri Rama mempunyai nama samaran lain iaitu Tun. Kesahihan cerita daripada keturunan Dato’ Haji Nazri Kamal Al-Bentani, pada era 50an, Jaharah Bin Ali iaitu moyang beliau telah berperahu ingin ke Kota Tinggi melalui melalui jalan laut dari Sungai Rengit Penggerang dan apabila beliau menyelusuri laluan sungai ke Kota Tinggi, beliau telah muntah darah dan belau telah dibawa balik oleh sahabat handai yang lain.
Manakala pada tahun 1978, Kamal bin Harun dan seisi keluarga beliau termasuk Dato’ Haji Nazri bin Kamal Al-Bentani dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Pengerang telah melewati Pekan Kota Tinggi. Setibanya mereka di Jambatan Sungai melintasi Kota Tinggi, sumpahan muntah darah masih bersisa dan terkesan kepada Ayahanda beliau dan kekanda beliau. Perut mereka membesar seperti membusung dan mengalami loya-loya dan muntah darah. Mereka sekeluarga telah dibawa pulang ke Sungai Rengit Pengerang untuk diubati dengan mengambil keris pusaka Laksamana Bentan dan dicelupkan di dalam air yang dijadikan air minuman dan air mandian bagi mengubati sumpahan tersebut, secara serta merta sumpahan tersebut pulih.
Mengikut perkiraan peristiwa berdarah di Kota Tinggi yang terjadi pada tahun 1669 hingga 1889, telah berakhirnya sumpahan tersebut, tetapi masih tersisa di dalam keturunan Kamal bin Harun disebabkan keistimewaan dan keunikan beliau yang berdarah putih. Sumber cerita asal dipercayai daripada cerita lisan oleh Almarhum Ayahanda Kamal bin Haron bin Jaharah iaitu Ayahanda kepada Dato’ Haji Nazri Kamal Al-Bentani, (1987), ketika hayat beliau masih hidup.