Alhamdulillah, segala puji syukur kita panjatkan kehadrat Allah SWT Yang Maha Esa, yang telah memberikan Rahmat dan Karunia-Nya kepada kita semua dengan kasih sayang dan kenikmatan dunia serta anugerah kesihatan yang baik sehingga selesainya dapat direalisasikan buku Waris Keris Laksamana Bentan dengan jayanya. Sholawat dan salam selalu dicurahkan kepada Nabi kita Muhammad SAW, beserta Keluarga-Nya, Sahabat-sahabat-Nya dan kita selaku umatnya hingga akhir zaman.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat, terutamanya kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, sebagai penaja utama hingga terbitnya buku ini. Terima kasih kepada Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Warisan Peradaban Melayu, kerana sudi mencoretkan ucapan Sekapur Sireh Seulas Pinang sebagai penyeri mukadimah buku Waris Keris Laksamana Bentan tersebut. Terima kasih juga kepada Sambutan Plt. Bupati Bintan Roby Kurniawan, S.P.W.K, Pemerintah Daerah Kabupaten Bintan Provinsi Kepulauan Riau, yang turut sudi memberikan Ucapan Aluan yang tidak terhingga dan indah sekali. 


Terima kasih kepada Datuk Dr. Ahmad Dahlan, Penulis Buku Sejarah Melayu yang sudi berkongsi ilmu mengenai penulisan Sejarah Bentan yang begitu bermanfaat kepada pembaca, para pelajar, para ilmuan khususnya pengkaji sejarah Nusantara. Tidak ketinggalan juga kepada Prof. Madya Dato’ Perdana Dr. Hj. Abdul Malik, M.Pd., Universitas Maritim Raja Ali Haji (UMRAH), Tanjung Pinang Kepulauan Riau, Indonesia, yang turut menyumbang ilmu yang bernas dalam Sejarah Ringkas Kerajaan Bentan semuga menjadi rujukan khususnya pencinta ilmu Negara Serumpun.


Ucapan banyak-banyak terima kasih kita kepada Dato’ Musaffa Abbas, Ketua Lembaga Adat Melayu Bintan, Provinsi Kepri, Saudara Samson Rambah Pasir, Penyair genre puisi yang sama-sama turut menyumbangkan idea kreatif koleksi pantun dan puisi tradisi yang begitu indah dia mati. Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Saudari Junaidah Salleh, Ketua Cawangan Adat Dan Budaya, Bahagian Warisan Tidak Ketara, Jabatan Warisan Negara, yang bertungkus lumus mengilham dan mengispirasi serta sudi berkongsikan karya-karya kreatif yang cukup indah antaranya genre pantun, puisi dan lirik lagu yang begitu menyentuh jiwa dan kalbu peminat seni budaya warisan yang mengimbau kisah silam Laksamana Bentan.


Terima kasih kita juga kepada Saudara Razak Ahmad yang merekabentuk sentuhan indah kerja-kerja kreatif buku tersebut. Akhir sekali terima kasih kita kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak langsung dalam menjayakan sehingga lahirnya sebuah buku nostalgik ini.

Semoga Buku Waris Keris Laksamana Bentan tersebut, bermanfaat sebagai sumbangasih penulis demi menambah pengetahuan terutama kepada para pembaca, para penulis, para pelajar dan khususnya peminat-peminat dan pengiat-pengiat teater dan sejarah semua.


Akhir kata semuga Allah SWT., sahaja yang membalas segala kebaikan Tuan/Puan semua dan meredhai segala usaha dan niat murni kita.

Aamiin Aamiin Aamiin YRA.


Sekian, Terima Kasih.

Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.


Dato’ Haji Nazri Kamal Al-Bentani

Zuriat Ke 9 Keturunan Dato’ Megat Seri Rama (Laksaman Bentan)

Seremban, Negeri Sembilan, 2021.